Jadilah seperti ikan di lautan, walaupun berenang di air yang masin namun badannya tidak masin. Begitujuga kita, walaupun kita hidup di dunia dalam suasana yang rosak, namun kita jangan rosak.
Tidak masinnya ikan walau hidup di laut yang masin adalah kerana ikan itu mempunyai ruh. Jika ikan telah tiada ruh, ditabur garam dijadikan ikan masin, nescaya masinlah ia. Begitujuga manusia yang ada ruh insyaAllah tidak akan terkesan dengan suasana. Justeru usahakanlah menjadikan diri supaya ada ruh agama yang baik. Datanglah walau badai dan gelora yang melanda, insyaAllah iman akan teguh menghadapinya.




No comments:
Post a Comment